Sunday, July 28, 2013

Kejadian di Masjid Asy-Syakirin KLCC

Al kisahnya... kunjungan ke sini adalah semata-mata nak menunaikan solat terawih saja... dalam masa yang sama ingin berjumpa dengan seorang sahabat lama yang sudah lama tak jumpa... Beliau menjadi imam terawih pada malam itu, beliau ialah Fakhrul Radhi dr kump UNIC...

Selesai saja, terawih... kami bertemu di pejabat masjid sambil mengadap moreh.... Ketika mengadap moreh, kelihatan ada seorang lelaki dan seorang perempuan duduk di kerusi tempat kami makan dengan keadaan senyap dan malu.... Kemudian mereka berdua di panggil oleh pegwai masjid keluar... selepas itulah baru cerita bermula...

Mereka ini ialah pasangan yang di tangkap berkhalwat di Taman KLCC.... MasyaAllah, bulan ramadhan pun, walau pun syaitan telah di ikat, namun masih ada lagi manusia yang melakukan perbuatan ini... Ia di sedari oleh pihak KLCC management dengan rakaman CCTV.... sebaik saja images CCTV di rakam dan di cetak, ia terus di hantar kpd pihak masjid asy syakirin untuk tindakkan lanjut... mereka tak tahu di sekitar KLCC Park tu bersepah cctv yang tersembunyi termasuk di celah2 pokok, celah dinding dan di tepian air pancut...

Pasangan itu bernasib baik.. sebab semasa tangkapan di buat, imam besar tiada di tempat kejadian... Kalau ada, mesti JAWI telah dipanggil... yang ada cuma pegawai2 masjid yang masih ada belas kasihan menasihati dan beri kaunseling pasangan tersebut... akhirnya mereka di hantar pulang ke rumah dengan menaiki VAN JENAZAH...

Usah cemarkan kesucian bulan ramadhan ini dengan perkara yang tak sepatutnya... sepatutnya, waktu kejadian itu, pergilah ke masjid solat terawih ke... tak de lah sampai memalukan diri sendiri dan keluarga masing-masing....

Lokasi : Taman KLCC
(Sekadar gambar hiasan dan tiada kena mengena dengan kejadian semalam)


0 komen di tinggalkan...: