kini daku kembali berbicara...
Mengenai soal2 kehidupan di dunia yang fana...
InshaaAllah.. selepas ini daku akan terus menulis di sini...
Terima kasih kerana sudi follow blog ini..
Keturunan Nik, Wan. Tuan, Che, Tengku ( Kelantan, Pattani, Terengganu) bersal dari Syed Hussin Jamadil Kubra.
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.
Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan.
Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.
Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput).
Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu. Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak.
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawatdan ahli-ahli kaji sejarah.Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH
Pengenalan
Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
Sejarah Awal Kelantan
Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’. Kelantan Abad Ke 15
Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur. Kelahiran Cik Siti Wan Kembang
Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.
Asal-usul Kerajaan Jembal
Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.
Pertabalan Raja Sakti
Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
Raja Adiluddin (Raja Loyar)
Raja Bahar (Raja Udang)
Raja Omar (Raja Ekok)
Raja Sungai
Puteri Sayu Bari
Puteri Unang Melor
Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar
Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
Raja Omar sebagai Raja Muda.
Raja Sungai sebagai Temenggong.
Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
Namun pinangan itu ditolak.
Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota, sekarang).
Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.
Peperangan Dengan Angkatan Siam
Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
Angkatan Siam mara pula ke Melor.
Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.
Kemangkatan Raja Loyar
Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar
Puteri Saadong Berangkat Pulang
Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
Satu pertengkaran telah berlaku.
Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim
Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Kemangkatan Raja Abdul Rahim
Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
Baginda mangkat di situ.
Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.
Kedatangan Anak Raja Pattani
Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
Mereka ialah;
Tuan Sulong (Long Sulong)
Tuan Senik (Long Senik)
Tuan Besar (Long Bahar)
Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.
Sultan Omar Mangkat
Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
Baginda mangkat pada tahun 1721
Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.
Raja Kecil Sulong
Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.
Peranan Raja Pah
Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.
Jembal Hari Ini
Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
Suasana itu kekal hingga ke hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal
Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.
*Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk mempaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis.
Kami melayu, cina, india dan siam... Kami hanya dikenali sebagai ore kelate shj...
Tiada istilah perkauman antara kami... Kami boleh hidup menjalani kehidupan yang selesa bersama...dgn kata lain, tiada istilah racism antara kami...
Orang melayu ke kedai orqng cina... Hanya satu bahasa kami gunakan iaitu bahasa perantaraan kami ' loghat kelate ' .
Tiada apa yg memisahkan kami...Kami diajar utk bersatu padu tanpa mengira kaum, fahaman politik dan agama...
itulah kami lebih di kenali "ore kelate"
Assalamualaikum....
sudah lama tidak menulis blog... dan kini ini coretan terakhirku bagi tahun ini....
terlebih dahulu, ingin ku ucapkan Alhamdulillah kerana tahun 1436 H ini lah tahun bersejarah bagiku membina sebuah masjid.... InshaAllah masjid yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga hendaknya....
Namun, disebalik suka ini.. ada duka yang tidak siapa pn tahu... selangkah beberapa detik nak melangkah tahun 1437 ini, sekali lagi ku di duga dgn ujian yang sgt berat ini....
Peristiwa yang berlaku dahulu berulang kembali.. Allahu.... biarlah, mungkin ini caranya Allah nak membersihkan rezeki yang diperolehi...
Harapanku agar tahun 1437H ini membawa banyak harapan untuk terus berbakti.mm
Salam Maal Hijrah 1437 H.....
Setiap insan sering melakukan pelbagai kesilapan... namun setiap kesilapan itu tidak kekal ....
Jika kehendak seseorang itu untuk meninggalkan kesilapan itu, inshaAllah ia boleh lakukannya...
Dengan syarat istiqomahlah apa yang dilakukan....
Percayalah... peluang yang hadir jangan di sia-siakan... Setiap peluang itu memberi kita peluang untuk perbetul dan perbaiki silap kita di masa lampau...
Permudahkanlah diri ini membina hidup baru... Inshaa Allah...
Fenomena gerhana bulan bukan fenomena yang biasa bagi alam ini. Namun, ianya bukan yang luar biasa disisi Allah yang Esa. Apa yang Allah katakan jadi, maka jadilah ia.
Kawanku, gerhana bulan, bagai membawa kita kepada sebuah kesedaran serta amaran daripada Allah. Gerhana berlaku sebagai membawa petanda. Ianya sebagai amaran bala Allah makin hampir, ia sebagai amaran, usia semesta ini makin singkat.
Kawanku.
dahulu, apabila berlaku gerhana bulan, wajah nabi kita bertukar risau, kerana teringat akan bala Allah. Lantas baginda menyegerakan solat sunat gerhana. Diceritakan oleh sahabat, nabi qiyyam seolah2 tidak mahu rukuk, nabi rukuk seolah2 tidak mahu sujud, nabi sujud seolah2 tidak mahu bangun, dan begitulah seterusnya. Sehingga ada yang pengsan dek kerana pjgnya solat. Solat Nabi panjang. Surah juga panjang. Albaqarah Ali imran habis dibaca dalam satu solat. Sesudah selesai solat, nabi menangis dan menadahkan tangannya berdoa kepada Allah. .
"ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji yang
Engkau tidak akan menyeksa umatku selagi aku ada bersama mereka." .
"ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji yang Engkau tidak akan menyeksa umatku selagi mana mereka memohon keampunan kepadamu...." .
Nabi merintih dan menangis berdoa pada Allah. Lalu, nabi memandang para sahabat dan berkata, kamu hendaklah bersegera melakukan solat ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, andainya kamu tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".
.
Kawanku,
Dunia hari ini lain.
bila berlaku gerhana, ramai yang menilai gerhana menggunakan mata bukannya hati, di mana manusia menilai kejadian yang berlaku hanya dengan kaca mata semata-mata tanpa menoleh ke sisi syar’i.
Mereka melihatnya dengan pandangan sekadar fenomena alam, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa tujuannya.
Kita ucap, " beruntungnya kita dapat tengok gerhana bulan..."
sedangkan itu perkara yang amat ditakuti Baginda Nabi SAW.
Hari ini, bila berlaku gerhana, kita berpusu-pusu keluar nak tengok gerhana, sedangkan dulu, bila berlaku gerhana, nabi suruh kita bersegera melakukan solat.
Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa
Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu
Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu
Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi
Org Kelantan dijangka menguasai ekonomi dan
politik Malaysia pada 2020 mengikut seorang
pakar sosiologi dan ekonomi sebuah universiti
tempatan. Apabila orang Kelantan menguasai
ekonomi maka automatik akan menguasai
politik. Org Cina pun akan habis main dengan
org Kelantan. Rakyat Malaysia tak kira Melayu,
Cina dan India akan jadi kuli org Kelantan nanti.
adakah ia merbahaya kepada masa depan
Melayu dan bukan Melayu di Malaysia? Lihatlah
anak-anak Kelantan semakin hebat berniaga di
seluruh Malaysia daripada perniagaan secara
kecil-kecilan, pertengahan hinggalah kepada
korporat2 besar. Org Kelantan bersatu sungguh
dan depa ada di mana-mana.
Company2 lawyer 90% dikuasai oleh anak2
Kelantan. Bersatu bermakna org Kelantan
mempunyai network perniagaan di seluruh
Malaysia dan seluruh dunia. Di Kuala Lumpur/
Selangor sahaja ada lebih 70 persatuan anak2
Kelantan. Itu belum dikira di lain2 negeri. Di
Langkawi pun ada persatuan anak2 Kelantan
begitu juga guru2 yg dihantar ke Sabah dan
Sarawak dipenuhi anak2 Kelantan. Kemasukan
ke universiti2 dipenuhi anak2 Kelantan. Beribu2
anak2 Kelantan bekerja di luar negara.
Petronas, Proton, DRB Hicom, Sime Darby
dipenuhi oleh anak2 Kelantan. Pegawai2 besar
di Jabatan2 kjaan di penuhi anak2 Kelantan.
Contohnya setiausha Kementerian Pelajaran
Malaysia anak kelahiran Kelantan, bekas pelajar
SMK Kamil. Pakar2 komputer, engineeer, arkitek
dipenuhi anak2 Kelantan.
Kota Bharu semakin membangun dah setaraf
dgn Ipoh dan dijangka mengatasi kemajuan
Pulau Pinang menjelang 2020. Islam sgt kuat di
Kelantan sehingga ulamak dianggap golongan
elit tertinggi berbanding dgn golongan-golongan
lain. Pondok2 paling byk di Kelantan. Ada 68
sekolah agama rakyat di Kelantan berbanding
hanya 26 sahaja di Kedah. Ada bandar Kelantan
di London dan Amerika Sykt. Org Kelantan
rakyat Malaysia paling banyak berhijrah ke UK,
US dan Australia. Firma2 construction byk
dikuasai oleh anak2 Kelantan. 60% lecturer UKM
adalah org kelantan.
Rakyat Malaysia pertama yg menjadi pegawai
daerah di Jepun adalah anak jati Jeli,Kelantan.Yang terkini anak Kelantan juga menjadi
jurulatih
badminton pasukan Jepun sehingga menjuarai
Piala Thomas. Ada lebih 500,000 rakyat
PHD termuda umur 24 tahun ank jati kelantan..
Kelantan diluar Kelantan.
Bukan nak berbangga dgn negeri sendiri.tapi itu
adalah realiti.Kami datang bukan untuk
merempat,tapi kami datang untuk menguasai.
.
BUKAN NK BANGGA TAPI ITU ADALAH KAJIAN DARI SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA YG DARI NEGERI KELANTAN DAN BUKAN DARI NEGERI KELANTAN..
melayan lagu ini ulang2... fuh tak puas....lagu yang sangat bertenaga... tahniah2 Imam Muda...
jom layan...
Selalu Bersama - IM Nazrul, IM Fakhrul feat Fakhrul UNIC
Andai kau rasa indahnya cinta
Kau ingin selalu bersama
Setiap saat setiap waktu
Seakan tidak jemu
Begitulah jiwa yang kekosongan
Iman jangan di pisahkan
اللهم أحينا بالإيمان
اللهم أمتنا بالإيمان
اللهم احشرنا بالإيمان
وأدخلنا الجنة مع الأيمان
Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan kami dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukkan ke syurgaMU dengan iman
Saat kau hadir memberi kekuatan
Membakar semangat perjuangan
Jagalah dia
Hiasilah dia
Akan sentiasa bersedia
اللهم أحينا بالإيمان
اللهم أمتنا بالإيمان
اللهم احشرنا بالإيمان
وأدخلنا الجنة مع الأيمان
Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan kami dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukkan ke syurgaMU dengan iman
Terkadang selalu leka dan alpa
Itu lumrah manusia
Segeralah mohon taubat padaNYA
Keampunan juga keredhaan
Orang yang ditimpa musibah dan orang yang melihat orang lain ditimpa musibah, kedua-duanya harus zikir mengingati Allah. Satu bersyukur, satu lagi bersabar!
Status Mereka yang terbunuh dalam kawasan konflik atau bergolak
Status atau kedudukan orang yang terbunuh di dalam kawasan bergolak atau berlakunya konflik seperti yang berlaku kepada penumpang pesawat MH17 di Ukraine adalah berdasarkan niat mereka sebelum mati.
Hal ini berdalilkan kepada hadith Aisyah RA yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwassallam pernah bersabda;
يَغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ ، فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنَ الأَرْضِ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ . قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ، وَفِيهِمْ أَسْوَاقُهُمْ وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ . قَالَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ، ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ
'Akan ada satu kelompok pasukan yang hendak menyerang Ka’bah, kemudian setelah mereka berada di suatu tanah lapang, mereka semuanya akan dibenamkan ke dalam perut bumi dari orang yang pertama sehingga kepada orang yang terakhir.” ‘Aisyah berkata, saya pun bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, sedangkan di tengah-tengah mereka terdapat para pedagang serta orang-orang yang bukan termasuk daripada golongan mereka (yakni tidak berniat ikut menyerang Ka’bah)? Baginda salallahualaihiwassallam menjawab, “Mereka semuanya akan dibenamkan dari yang pertama sampailah yang terakhir, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan niat mereka.” [ Riwayat al-Bukhari no. 2118 dan Muslim no. 2884]
# Pengajaran untuk kita ialah hendaklah sentiasa memiliki niat yang baik dan bersedia untuk menghadapi kematian tanpa mengira masa kerana ia boleh datang daripada pelbagai cara yang tidak disangka-sangka.
# Takziah kepada ahli keluarga mangsa, banyakkanlah berdoa dan memohon kesabaran di atas ujian yang menimpa. Kemudian disunnahkan membaca ;
إنا لله وإنا إليه راجعون، اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها
' Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali, Ya Allah, berilah pahala kepadaku atas musibah yang menimpa diriku dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.
Kepada yang melihat orang lain ditimpa musibah maka bacalah;
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِيْ مِمَّا ابْتَلاَكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً
'Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang menimpamu dengannya dan mengutamakan aku di atas sekalian banyak makhluk-Nya dengan kelebihan yang banyak.' [Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah]
Adapun bagi yang terlibat dengan musibah yang berlaku maka mohonlah keampunan kepada Allah serta beristighfar sambil membaca ; إنا لله وإنا إليه راجعون، اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها
' Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, Ya Allah, berilah pahala kepadaku atas musibah yang menimpa diriku dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.'
Kerana disebut dalam hadith barangsiapa yang membacanya selepas ditimpa sesuatu musibah maka Allah akan memberikannya pahala atas musibah yang menimpanya dan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. [riwayat Muslim]
اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
TERJEMAHANNYA:
Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.
YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN
YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT
YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT
YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN
YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 KECIL YANG TIDAK BERDOSA
YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KAUM WANITA PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA PEMBUNUHAN TENTERA REJIM ZIONIS LAKNAT
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAN MALAPETAKA KEPADA TENTERA REJIM YAHUDI LAKNAT
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH MALAPETAKA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL DENGAN REJIM YAHUDI DALAM PEMUSNAHAN NEGARA ISLAM PALESTIN
ALLAH HU YA ALLAH
KAU HANCURKAN LAH SEMUA TENTERA REJIM YAHUDI YANG BERADA DIDALAM NEGARA PALESTIN,AL-AQSA
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH BALA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA
YA ALLAH..
KAU PERKENANKAN LAH DOA KAMI
KAU MAKBULKAN LAH DOA-DOA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
AMINNNNN
Takbir....!!!!
Allahuakbar....!!!! Allahuakbar....!!!! Allahuakbar....!!!!
#PrayforGAza #Pray4AlQassam #Positif
Kerana agama yang satu
Gembira mu adalah gembira ku
Sedih mu adalah sedih ku
Sakit mu adalah sakit ku
Derita mu adalah derita ku
Tangis mu jua adalah tangis ku.
Kerana agama yang satu
Kami bangkit membantu
Tidak sanggup diam membisu
Melihat kau dibedil peluru
Kerana agama yang satu
Kami berusaha menjatuhkan bangsa itu
Zionis Laknatullah yang tidak mengenal erti malu
Merobek jasad saudara Islamku sehingga kaku
Kerana agama yang satu
Kita bangkit mempertahan maruah itu
Jangan bersedih Palestin saudara ku
Kami iringkan doa buatmu
Agar tersungkur Israel dan Sekutu
"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.” –
Amin.
#Gazaunderattack
#prayforGaza
أقوى ٨ أطعمه لتقوية المناعه وتحطيم الأمراض:
8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
الرمان delima
الروب yogurt
الثوم bawang putih
البصلbawang besar
الشاي الأخضرteh hijau
الشوفان oat
القرع labu
البروكليbrokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit
1) الكلام الكثير .banyak bercakap
2) النوم الكثير .banyak tidur
3) الأكل الكثير .banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .dukacita
2) الحزن .sedih
3) الجوع .kebulur
4) السهر .tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .taqwa
2) الوفاء .jujur
3) الكرم .pemurah
4) المروءة .jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة .biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخره.berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق empat perkara menjauhkan rezeki
1) نوم الصبح .tidur waktu pagi
2) قلة الصلاة .sedikit bersolat
3) الكسل .malas
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
كلما هممت بفعل معصية تذكر ثلاث آيات:
Setiap kali ingin membuat maksiat ingati tiga ayat
1-"ألم يعلم بأن الله يرى"
"Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat"
2-"ولمن خاف مقام ربه جنتان "
"Sesiapa yg takut kpd maqam tuhannya baginya dua syurga"
3-"ومن يتق الله يجعل له مخرجآ“
"Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
إذا أعجبتك هذه الكلمات
لا تبخل بها على اصحابك واحبابك .. !!
Kalau anda kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan kpd kawan2mu dan org yg kau kasihi
Wajib menuntut ilmu.
Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
..
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman lain bagi kes - kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik.
Contohnya saman.
Ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
So, secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
Sila share~
Mesej berguna dari Brunei... Mereka sedang hantar mesej keseluruh Brunei utk tujuan mendidik dulu
GST bercanggah Dengan Prinsip Percukaian Dalam Islam
Konsep Negara Hidayah
Bukan Jibayah
1. Negara Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul jibayah) tetapi berasakan prinsip negara hidayah dan berkebajikan.
2. Negara percukaian meletakkan cukai sebagai dasar hasilan utama negara yang perlu dioptimumkan sedangkan negara hidayah meletakkan cukai sebagai hanya tindakan sementara di kala terdesak dan perlu diminimakan dan bukan dimaksimakan.
3. Negara Islam meletakkan bebanan kewangan negara ditanggung oleh golongan berada yang mempunyai lebihan kewangan dan berkemampuan sebagai satu tanggungjawab harta bagi menampung keperluan rakyat yg miskin dan kewangan negara apabila bermasalah.
4. Golongan berada dalam Islam diberi pelbagai insentif galakkan bagi mengoptimumkan semangat menyumbang secara sukarela kepada negara di kala kewangan bermasalah dan kepada rakyat yang tidak berkemampuan seara berterusan menerusi tajaan kewangan, sedekah, hibah, hadiah dan wakaf negara.
Kehormatan Harta Rakyat
1. Islam menghormati hak pemilikan harta manusia. Harta rakyat tidak boleh diambil oleh kerajaan atas nama cukai dan sebagainya tanpa sebab.
2. Kerajaan mesti mengoptimumkan hasil negara menerusi pelbagai sumber bukan cukai.
3. Sekiranya berlaku kekurangan dana negara maka barulah cukai dibolehkan untuk dikenakan kpd rakyat atas nama dharurat dn keperluan dan ia mesti berlaku dengan pelbagai syarat yg ketat dan hanya dengan sekadarnya demi memenuhi keperluan tersebut.
4. Disyaratkan juga untuk dikenakan cukai bahawa tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran perbelanjaan. Sekiranya masalah kewangan negara berlaku kerana kegagalan kerajaan menguruskan harta secara berhemah maka cukai haram dan tidak boleh dikenakn kepda rakyat.
5. Apabila cukai rakyat diperlukan kerajaan hanya boleh mengambil cukai daripada golongan berada yang berkemampuan dan tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang hanya cukup makan atau faqir yang tidak cukup makan.
GST cukai yg zalim yg bercanggah dgn Islam kerana beberapa sebab
1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan.
2. Cukai atas perbelanjaan akan kena pd semua golongan kaya atau miskin sedsngkn cukai sepatutnya hanya pd golongan berada yg berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta
3. Cukai GST bersifat sumber tetap bg kerajaan sedangkan cukai dlm islam sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan negara yg terdesak. Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan
4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dgn kadar hutang melebihi 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara. Ia bercanggah dgn prinsip cukai dlm Islam yg menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kpd rakyat di saat berlaku pembaziran kewangan negara.
5. Kadar cukai Gst sebanyak 6% atas perbelanjaan bercanggah dgn prinsip cukai Islam yg sepatutnya tidak melebihi 2.5 %. Kadar zakat yg wajib pun maksimanya 2.5% atas pendapatan orang yg berkemampuan atau perniagaan atau simpanan. Inikan pula cukai yg sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5%.
Kesan GST
1. Kajian yg banyak terhadap negara2 yg telah melaksanakan gst menunjukkan peningkatan harga barang yg tidak terkawal kerana gst. Yg jadi mangsa akhirnya rakyat yg tidak berkemampuan.
2. GST akan menyebabkan berlaku inflasi yg tinggi. Kesannya bersifat jangka pendek dan jangka panjang terhadap kemampuan rakyat berbelanja di saat pendapatan rakyat pula berada pd tahap sederhana.
3. Kesan GST pd kewangan peribadi rakyat bawahan dn berpendapatan rendah disebabkan kenaikan harga barang dan susut nilai pendapatan akan membawa negara pd suasana jenayah melibatkan kewangan seperti curi, rompak dan penipuan.
4. Gst akan meletakkan rakyat bawahan berada pada situasi berhutang berpanjangan hanya untuk melunaskan keperluan harian. Si kaya yang berkemampuan tidak akan terasa dgn gst. Ia akan mewujudkan jurang yg makin lebar antara si kaya dan si miskin yg akhirnya menggugat kestabilan kehidupan bermasyarakat
Nota ringkas disediakan oleh Dr Khairuddin Takiri
Assalamualaikum... Salam 1 mei... dan selamat hari pekerja...
Tanggal 1 mei.. bermulalah detik ini padaku....
Akanku fokus sepenuh hidupku pada kerjayaku tanpa memikirkan apa-apa lagi yang selalu orang2 kebanyakkan berfikir...
Cukuplah masaku sudah terbuang selama 5 tahun...cukuplah... aku tidak mahu lagi...
Aku ingin bahagia dengan kerjayaku ini kerana aku enjoy di sini....
Biarlah apa kata orang...Walaupun umur mencecah dewasa namun aku tetap dengan pendirianku untuk terus berjalan meniti sisa2 hidupku dengan kerjayaku...
Yang benar...
mfy87
1 Mei 2014 | 09.40pm | Pasir Mas Kelantan
TRIBUT BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.
Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.
Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.
Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.
Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.
Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.
Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.
Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah.
( Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat)
Assalamyalaikum..
Jumaat, Sabtu dan Ahad... Cuti yang pendek yang menyeronokkan sepanjang du desa tercinta...
Dan kini daku kembali ke ibu kota metropolitan demi meneruskan kehidupan seorang dewasa...
Rabbi Yassir Wala Tuassir...
