Kerana agama yang satu
Gembira mu adalah gembira ku
Sedih mu adalah sedih ku
Sakit mu adalah sakit ku
Derita mu adalah derita ku
Tangis mu jua adalah tangis ku.
Kerana agama yang satu
Kami bangkit membantu
Tidak sanggup diam membisu
Melihat kau dibedil peluru
Kerana agama yang satu
Kami berusaha menjatuhkan bangsa itu
Zionis Laknatullah yang tidak mengenal erti malu
Merobek jasad saudara Islamku sehingga kaku
Kerana agama yang satu
Kita bangkit mempertahan maruah itu
Jangan bersedih Palestin saudara ku
Kami iringkan doa buatmu
Agar tersungkur Israel dan Sekutu
"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.” –
Amin.
#Gazaunderattack
#prayforGaza
Thursday, July 10, 2014
Dunia menangisimu... Gaza
Friday, May 9, 2014
makanan sunnah
أقوى ٨ أطعمه لتقوية المناعه وتحطيم الأمراض:
8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
الرمان delima
الروب yogurt
الثوم bawang putih
البصلbawang besar
الشاي الأخضرteh hijau
الشوفان oat
القرع labu
البروكليbrokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit
1) الكلام الكثير .banyak bercakap
2) النوم الكثير .banyak tidur
3) الأكل الكثير .banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .dukacita
2) الحزن .sedih
3) الجوع .kebulur
4) السهر .tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .taqwa
2) الوفاء .jujur
3) الكرم .pemurah
4) المروءة .jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة .biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخره.berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق empat perkara menjauhkan rezeki
1) نوم الصبح .tidur waktu pagi
2) قلة الصلاة .sedikit bersolat
3) الكسل .malas
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
كلما هممت بفعل معصية تذكر ثلاث آيات:
Setiap kali ingin membuat maksiat ingati tiga ayat
1-"ألم يعلم بأن الله يرى"
"Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat"
2-"ولمن خاف مقام ربه جنتان "
"Sesiapa yg takut kpd maqam tuhannya baginya dua syurga"
3-"ومن يتق الله يجعل له مخرجآ“
"Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
إذا أعجبتك هذه الكلمات
لا تبخل بها على اصحابك واحبابك .. !!
Kalau anda kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan kpd kawan2mu dan org yg kau kasihi
Wednesday, May 7, 2014
Kenali Hudud, Qisas & Ta'zir
Wajib menuntut ilmu.
Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
..
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman lain bagi kes - kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik.
Contohnya saman.
Ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
So, secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
Sila share~
Mesej berguna dari Brunei... Mereka sedang hantar mesej keseluruh Brunei utk tujuan mendidik dulu
Sunday, May 4, 2014
Definisi GST
GST bercanggah Dengan Prinsip Percukaian Dalam Islam
Konsep Negara Hidayah
Bukan Jibayah
1. Negara Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul jibayah) tetapi berasakan prinsip negara hidayah dan berkebajikan.
2. Negara percukaian meletakkan cukai sebagai dasar hasilan utama negara yang perlu dioptimumkan sedangkan negara hidayah meletakkan cukai sebagai hanya tindakan sementara di kala terdesak dan perlu diminimakan dan bukan dimaksimakan.
3. Negara Islam meletakkan bebanan kewangan negara ditanggung oleh golongan berada yang mempunyai lebihan kewangan dan berkemampuan sebagai satu tanggungjawab harta bagi menampung keperluan rakyat yg miskin dan kewangan negara apabila bermasalah.
4. Golongan berada dalam Islam diberi pelbagai insentif galakkan bagi mengoptimumkan semangat menyumbang secara sukarela kepada negara di kala kewangan bermasalah dan kepada rakyat yang tidak berkemampuan seara berterusan menerusi tajaan kewangan, sedekah, hibah, hadiah dan wakaf negara.
Kehormatan Harta Rakyat
1. Islam menghormati hak pemilikan harta manusia. Harta rakyat tidak boleh diambil oleh kerajaan atas nama cukai dan sebagainya tanpa sebab.
2. Kerajaan mesti mengoptimumkan hasil negara menerusi pelbagai sumber bukan cukai.
3. Sekiranya berlaku kekurangan dana negara maka barulah cukai dibolehkan untuk dikenakan kpd rakyat atas nama dharurat dn keperluan dan ia mesti berlaku dengan pelbagai syarat yg ketat dan hanya dengan sekadarnya demi memenuhi keperluan tersebut.
4. Disyaratkan juga untuk dikenakan cukai bahawa tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran perbelanjaan. Sekiranya masalah kewangan negara berlaku kerana kegagalan kerajaan menguruskan harta secara berhemah maka cukai haram dan tidak boleh dikenakn kepda rakyat.
5. Apabila cukai rakyat diperlukan kerajaan hanya boleh mengambil cukai daripada golongan berada yang berkemampuan dan tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin yang hanya cukup makan atau faqir yang tidak cukup makan.
GST cukai yg zalim yg bercanggah dgn Islam kerana beberapa sebab
1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan.
2. Cukai atas perbelanjaan akan kena pd semua golongan kaya atau miskin sedsngkn cukai sepatutnya hanya pd golongan berada yg berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta
3. Cukai GST bersifat sumber tetap bg kerajaan sedangkan cukai dlm islam sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan negara yg terdesak. Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan
4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dgn kadar hutang melebihi 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara. Ia bercanggah dgn prinsip cukai dlm Islam yg menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kpd rakyat di saat berlaku pembaziran kewangan negara.
5. Kadar cukai Gst sebanyak 6% atas perbelanjaan bercanggah dgn prinsip cukai Islam yg sepatutnya tidak melebihi 2.5 %. Kadar zakat yg wajib pun maksimanya 2.5% atas pendapatan orang yg berkemampuan atau perniagaan atau simpanan. Inikan pula cukai yg sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5%.
Kesan GST
1. Kajian yg banyak terhadap negara2 yg telah melaksanakan gst menunjukkan peningkatan harga barang yg tidak terkawal kerana gst. Yg jadi mangsa akhirnya rakyat yg tidak berkemampuan.
2. GST akan menyebabkan berlaku inflasi yg tinggi. Kesannya bersifat jangka pendek dan jangka panjang terhadap kemampuan rakyat berbelanja di saat pendapatan rakyat pula berada pd tahap sederhana.
3. Kesan GST pd kewangan peribadi rakyat bawahan dn berpendapatan rendah disebabkan kenaikan harga barang dan susut nilai pendapatan akan membawa negara pd suasana jenayah melibatkan kewangan seperti curi, rompak dan penipuan.
4. Gst akan meletakkan rakyat bawahan berada pada situasi berhutang berpanjangan hanya untuk melunaskan keperluan harian. Si kaya yang berkemampuan tidak akan terasa dgn gst. Ia akan mewujudkan jurang yg makin lebar antara si kaya dan si miskin yg akhirnya menggugat kestabilan kehidupan bermasyarakat
Nota ringkas disediakan oleh Dr Khairuddin Takiri
Thursday, May 1, 2014
Akanku terus berjalan....
Assalamualaikum... Salam 1 mei... dan selamat hari pekerja...
Tanggal 1 mei.. bermulalah detik ini padaku....
Akanku fokus sepenuh hidupku pada kerjayaku tanpa memikirkan apa-apa lagi yang selalu orang2 kebanyakkan berfikir...
Cukuplah masaku sudah terbuang selama 5 tahun...cukuplah... aku tidak mahu lagi...
Aku ingin bahagia dengan kerjayaku ini kerana aku enjoy di sini....
Biarlah apa kata orang...Walaupun umur mencecah dewasa namun aku tetap dengan pendirianku untuk terus berjalan meniti sisa2 hidupku dengan kerjayaku...
Yang benar...
mfy87
1 Mei 2014 | 09.40pm | Pasir Mas Kelantan
Saturday, January 25, 2014
Tribute to Allahyarham T.G Ustaz Harun Taib... Al Fatihah
TRIBUT BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.
Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.
Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.
Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.
Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.
Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.
Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.
Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah.
( Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat)
Sunday, January 19, 2014
Cuti pendek menyeronokkan...
Assalamyalaikum..
Jumaat, Sabtu dan Ahad... Cuti yang pendek yang menyeronokkan sepanjang du desa tercinta...
Dan kini daku kembali ke ibu kota metropolitan demi meneruskan kehidupan seorang dewasa...
Rabbi Yassir Wala Tuassir...