Friday, November 22, 2013

Anak Selangor berbicara mengenai Kelantan... Bacalah Sekejap...

:: PERKONGSIAN ::





Nama aku Fareez. Anak jati Selangor,lahir & membesar di Selangor, tiada sedara mara asal Kelantan. Dari sekolah aku pelik kenapa ada budaya 'org Kelantan ni bla bla bla' selalu yg buruk2 Kelantan kena. 


2008, aku dapat tawaran ke matrikulasi. Dua daripada tiga roomate org Kelantan. Mereka sgt baik, malah selalu bantu dlm study. Walaupun ada bahasa Kelantan yg mereka borakkan aku tak faham, mereka bgtau aku apa maksudnya. Aku pernah ikut mereka balik Kelantan, aku tak nampak keburukan Kelantan macam apa yg media paparkan. 

2009, aku sambung degree,pun dapat org Kelantan..tiada masalah dlm pergaulan kami. Kalau nak kata Kelantan pengotor, ada je org2 negeri lain yg sama. Sekarang aku dah 23 tahun, aku sedar..sebenarnya media arus perdana lah punca kenapa ramai org luar memandang rendah kepada rakyat Kelantan. Tambah pula, Kelantan dipimpin pembangkang..semua yg ada di Kelantan nampak buruk. Yg tak pernah bergaul dgn org Kelantan boleh tiba2 tak suka Kelantan, tu yg aku x faham. 

Kalau admin nak siarkan mesej saya di wall pun xpe, sebab saya geram lihat org2 luar yg sgt mudah menilai mengikut negeri. Sekian - bukan org Kelantan tp I LOVE KELANTAN

#respect Fareez (anak jati selangor)







Thursday, November 14, 2013

K.E.L.A.T.E... di sebalik kisahmu...






Bila bicara soal Kelantan,
Yang buruk dijaja merata,
Yang molek disimpan rapi,
Itulah watak media massa.

Bila bicara soal Kelantan,
Melayu, Cina, India, Siam,
Bersatu teguh bercerai roboh,
Atas nama 'Anok Kelate'.

Bila bicara soal Kelantan,
Tok Guru Nik Aziz dikenali umum,
Tak lelah perjuangkan Islam,
Doakan agar sihat walafiat.

Bila bicara soal Kelantan,
Ku bersyukur di bawah Islam,
Pembangunan sedikit mundur,
Belum sedia untuk berundur.

Bila bicara soal Kelantan,
The Red Warriors menjadi sebutan,
Aksi dipadang terus terpesona,
Mata memandang terkesima.

Bila bicara soal Kelantan,
Penuh budaya dan seninya,
Takkan luput dimamah arus,
Demi identiti tanah kami.

Bila bicara soal Kelantan,
Ternyata ku masih hijau,
Tergapai-gapai mencari arah,
Moga-moga tidak lalai.

Sunday, October 27, 2013

Buat Perantau Anak Kelantan!


Anak Kelantan Darul Naim®

Walaupun di mana jua kita berada.
Semangat dan darah Kelate tetap mengalir dalam jiwa.
Tidak pernah sedikit pun melupakan tanah tumpah negeriku
Akan ku zahirkan semangat kenegerianku melalui dialek,sticker di kereta/motor.
Agar masyarakat sekeliling tahu yang kita sayangkan negeri Tanah Tumpah darahku.

Anak Kelate
Walaupun mencari rezeki dirantauan.
Tidak sesekali kampung halaman.
Yang pernah menjadi tempat permainan semasa kecil.
Suasana Damai dan tenang yang ku rindui selalu
Semadikan aku di tanah lahirku jika semangat dan jasad ku meninggalkan dunia.
Bersatulah dan Majulah Kelantan Darul Naim


"Im so proud to be a kelantanese & i feel like crying already. "

Monday, October 21, 2013

Cuti yang menyeronokkan....

Assalamualaikum teman2 blogger srmua....

Alhamdulillah... semalam sampailah diri ini ke kota metropolitan ini demi menetuskan hidup seorang dewasa....

Sangat puas hati pabila di beri cuti selama seminggu.... banyak perkara dapat dimanfaatkan dan yang paling pentimg dapatlah ku berehat sepuas puasnya... kekekeee....

Terima kasih di ucapkan kpd beberapa orang teman2ku yang setia menemaniku sepanjang perjalanan balik kampung dan kembali ke sini....kalau tak kamu semua...sorang2lah jawabnya... huk3...

Selepas ini may be daku sudah tidak bekesempatan untuk pulang lagi kerana kesibukan harian melainkan jika ada outstation di kampung halamanku, maka peluang tak boleh di lepaskan... ;)

Hidup perlu di teruskan di ibu kota ini.... bak kata "Sejahat jahat ibu tiri, jahat lagi ibu kota yang penuh tipu daya" walaupun penuh tipu daya, kehidupan harus di teruskan kerana di sinilah sumber rezekiku.... Wallahu alam.. :)

Friday, October 4, 2013

Debaran kian menanti...

Dup dap dup dap... doh ni... tok sabar nyo nok saksikan perlawanae esok nieh... apo2 pin srmoga TRW dpt menebus segala galanya esok hari...

Good Luck pahlawanku....

Gomo Kelate Gomo

#ThisIsKotaBharu

Tuesday, August 27, 2013

Rahsia BUDU.... (wajib baca)


Assalam... tetiba tengah hari ni nok bercerita pasal budu plok eh.... maklumlah, kito anok jati kelate, kelate dae budu berpisah tiada..kikiki

Bowoh ni ado beberapa rahsia budu hok jare ore tahu... adik kakok pakak baco dulu deh... klu sero bermanfaat nok sebar, sila2 lah sebar blako... xperlu minta izin dgn ambo....

Khasiat Budu

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.


(utk pengetahuan, budu botol kecil spt gambar di atas, harga di kelate hanya RM1, dan di pasaraya sekitar Lembah Klang, dalam RM2.00 - 3.00)

Sunday, August 25, 2013

Ya Maulana


Wah.. semakin menjadi kegilaanku akan lagu ini... apa2 pun jom layan.... best... rugi tak dengar...ekekee..

Maulana Ya Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa
Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Engkau pemurah, Engkau penyayang
Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan
Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi
Mengabulkan setiap doa dan harapan

Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa
Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Engkau pemurah, Engkau penyayang
Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan
Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi
Mengabulkan setiap doa dan harapan

Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa
Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan

Maulana Yaa Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Yaa Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Yaa Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa