Sunday, December 11, 2011

Lama tak update

Assalamualaikum sahabat2 blogger semua...

Sudah berapa lama tidak mengupdate entri blog ni...di sebabkan oleh kesibukkan harian...

Ni pun bukak saje2 nak tengok apa yang ada kat blog je... ^_^....

Dan malam ni jugaklah blog ini diletakkan satu lagu tema yang amat bersesuaian dgn diri kita sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi ini demi menjalankan amanh dan tangungjawab yang telah di amanahkan....

Tuesday, November 1, 2011

Oh Mukabuku !

Betapa besarnya pengaruh mukabuku dalam dunia ni...kita lihatlah sekarang, sampai budak2 pun dah pakai berfb2 dh...klau xdikawal xtaulah mcm mana....di sini saya ingin kongsikan satu artikel yang di petik dari laman mukabuku juga....artikel ini cukup tersentuh.....terasa di hati....sedih pun ada.... mari kita sama2 muhasabah balik diri kita sejauh mana hubungan kita dengan mukabuku ini....

Di sini saya juga ingin sampaikan satu perkara kpd semua...BUKAN saya tak suka upload2 gambar dalam facebook, BUKAN saya tak suka ambil2@snap2 gambar ni...gambar2 yang diambil kekadang blh mengimbal kembali kenangan masa yang lampau terutamanya dgn shbt2 yg dh lama xbersua...saya pun malas nk ulas panjang2, kita dikurniakan akal fikiran yang paling mahal oleh Allah SWT, dn hrpnya dptlah berfikir dgn sebaik2nya....saya tak nak shbt2 saya yang saya kenal ada persepsi sebergini terhadap saya....jgn bercakap2 di belakang saya...jika ada apa2 yang tak puas hati, tegurlah saya di depan2 saya sendiri....saya terima apa sahaja teguran kerana teguran itu blh memperbaiki diri saya....selepas ini, saya tak nak ada shbt2 yg sy kenal beranggapan sedemikian terhdp saya...

Tanpa membuang masa lagi, jom kita sama2 hayati artikel di bawah ini utk tatapan semua pengguna mukabuku....

~Saya Yang Dulunya Alpa~
Psssstttt....
Nak tahu tak?
Dulu-dulu tu, saya pun pernah khilaf seketika.
Seawal penglibatan saya dalam dunia facebook ini,
Dalam dua tahun lepas seingat saya,
Sewaktu awal-awal dahulu saya bergelar seorang facebooker,
Saya lalai dan alpa,
Kerana saya masih seorang manusia biasa yang siang dan malamnya berdosa kepada Khaliqnya.

Ye la.
Teruja la kan baru-baru kenal mukabuku,
Diri pun jadi teruji,
Semua gambar pun rasa nak upload.

Asal yang comel sikit,
"Masuk fb...masuk fb..."

Asal kawan snap gambar smart je,
"Oit. fb....fb!!! tag..., tag...." (-_-")

Namun...
Alhamdulillah, dengan sifat Rahman dan Rahimnya Allah,
Dia yang Maha Mencipta,
Dia yang memiliki nyawa saya ini menegur saya secara tidak langsung. =')

Perantaranya?
Sahabiah saya sendiri!
Nasihat dan juga kata-katanya yang mudah-mudahan dengan izin-Nya akan saya ingat sampai bila-bila.

Nasihat beliau,
Lebih kurang begini lah mafhumnya,
Buat sahabiah-sahabiah wanita di luar sana,
Percayalah,
Gambar-gambar kita di laman maya ini mendatangkan lebih banyak mafsadat berbanding maslahat.
Lebih banyak mendatangkan kerosakan berbanding kebaikan.
Status yang beliau shout dekat fb beliau je pun.
Tapi,
Itulah dia...
Itulah dia yang membuatkan saya terketuk seketika!

Ya.
Itu lah nasihat beliau.

Terima kasih sahabat!

Dan saya pun mula berubah.
Perlahan-lahan...
Sekeping...
Dua keping...
Sikit-sikit saya singkirkan.
Kalau ada gambar yang orang lain tag pula,
Saya remove tag tu.
Bukan senang.
Nafsu memberati hati.
"Ah, sayangnya gambar-gambar tu!"
Dan rasa bersalah pula menguasai diri.
"Kecik hati pulak karang kawan aku ni kalau aku remove tag aku dalam gambar dia ni." =(

Mujahadah sememangnya pahit.
Namun hasilnya,
Alhamdulillah 'ala kulli haal,
Saya berjaya membuang perasaan ingin dikenali oleh ajnabi-ajnabi di luar sana,
Melalui sekeping gambar.http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5569740445142181863

Dan akhirnya,
Berkeping-keping gambar telah saya remove,
Sehinggalah yang ada sekarang ini apa yang dapat anda lihat.

Semua pun dengan izin Allah.
Semoga hidayah-Nya ini tak kan pernah padam daripada terus menyinari hati,

Hati yang pastinya akan gersang tanpa cinta dan kasih-Nya.


Terima kasih kpd semua kerana membaca...minta maaf kpd shbt2 semua...jika artikel ini ada menyentuh sensitiviti masing2....niat saya hanya utk menyampaikan apa terkandung dlm artikel ini sahaja demi kebaikkan shbt sahabiah semua...tidak niat langsung utk menyakiti sesiapa, apa yang saya terkurang minta teguran dari shbt sahabiah semua.....Sesungguhnya Mujahadah itu sememangnya PAHIT...Nabi SAW juga ada bersabda"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" Wallahu alam...


Tuesday, October 18, 2011

Muhasabah diri...

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI
 
Dihayati lirik2 lagu ini amatlah syahdu dan sedih bila mengenangkan masa-masa yang lalu...Pengalaman telah banyak mendewasakan diri ini untuk terus Berjalan tanpa Henti di bumi Allah yang fana ini...


Thursday, October 13, 2011

Law Kaana Bainana

Alangkah indahnya andai Rasulullah SAW bersama kita....mula2 dengar lagu ni kat radio IKIM....xtau apa maksudnya...tapi bila cari2 lagu ni kat youtube, baru dpt tau maksud di sebalik lirik2nya....jom kita sama2 hayati lagu ini sejenak...

Tuesday, October 11, 2011

Busy Week...

Sepanjang minggu ni penuh dengan pelbgai tugasan yang perlu dilaksanakan....Sebab itulah blog ni pun jarang untk di update segala macam entri nya....

Jika berkelapangan, saya akan update lagi segala mcm di sini.....terima kasih semua kerana membaca...yang tak follow2 gi tu...Follow2lah yer..... ;)

Doa2kan semoga dipermudahkan segala urusan.....

Wednesday, October 5, 2011

Under Renovation

Blog ini masih lagi dalam proses penambahbaikkan dan akan beroperasi sepenuhnya tak lama lagi...

Terima kasih kepada semua pengikut setiaku yang dan follow2 tuh....