Monday, March 19, 2012

Rezeki di mana-mana


Terlihat sahaja video ni, mmg amat2 terasa skali tambah2 lg kita ni sebagai perantau dari kelantan yang berada di perantauan...Kenapalah dgn wakil rakyat nih, seolah-olah tak nampak realiti keadaan sekarang...masih di butakan dengan realiti yang terjadi...Cubalah YB pergi sendiri ke kelantan dan lihat apa yang jadi di sana...

Dia juga ada mengatakan kerajaan negeri kelantan gagal memberikan peluang pekerjaan kpd rakyatnya....ni yang hangin ni...tapi masih sabar lagii.... meh sini adik kakok blako, nok royak nih...

Rezeki kita Allah dah tetapkan sejak dulu2 lagi...jika Allah tetapkan seorg hambaNya tu mencari rezeki di luar negerinya, maka di situ periuk nasinya....Bukan kata negeri kelantan xde peluang pekerjaaan...bagi saya di sini pun byk bukti2 yg blh bagitau mengenai peluang pekerjaan ni...

Antaranya ialah, setiap kali saya membuka email, ada sahaja email2 dari jobsstreet dan jobdb yang masuk memberikan maklumat peluang kerja, lokasinya ialah KOTA BHARU, TANAH MERAH, JELI, PASIR PUTIH, PASIR MAS malah di GUA MUSANG pun trt ada aklumat peluang kerja ni....

Ni pun masih kata lagi di kelantan xde kerja...Celik lah mata luas2 skit YB.....ni saya n share skit hujah di petik dari sebuah fanspage di laman muka buku....

"Kalau Berhujah, Biarlah Guna Fakta, Bukannya Auta. Kehebatan Orang Kelantan Adalah Kerana Kepandaian Dan Kepakaran Mereka "Memasak" & "Berniaga". 60% Orang Kelantan Yang Pandai Memasak Adalah Lelaki & 60% Orang Kelantan Yang Pandai Berniaga Adalah "Wanita". Jadi, Yang Mengatakan Orang Lelaki Kelantan "Malas" Adalah Mereka Yang Saja Mahu Jadikan Isu Ini Untuk Memburuk-Burukkan Rakyat Serta Kerajaan Kelantan Sendiri Kononnya PAS Gagal Berikan Peluang Ekonomi Kepada Rakyat Mereka .

Kenapa Ramai Wanita Yang Berniaga Di Kelantan?

Ini Kerana Suami Mereka, Anak-Anak Lelaki Mereka Merantau Ke Negeri Lain Membuka Perniagaan Menjual Makanan Terutama Tom Yam. Masing-Masing Berusaha Menjadikan Kehidupan Keluarga Mereka Lebih "Sempurna". Sebab Itulah UMNO Sangat Cemburu Dengan Kelebihan Orang Kelantan Yang Pandai Mencuri Peluang Perniagaan Dinegeri-Negeri Milik UMNO. Tak Salah Kalau ADMIN Katakan Yang Melayu Paling Berjaya Adalah Melayu Yang Lahir Dan Datangnya Dari Negeri Kelantan.

Orang Dari Negeri Manapun Pasti Akan Pergi Berusaha Mencari Kedai Makan Milik Orang Kelantan Di Negeri Mereka Kerana "Keistimewaan" Tom Yam Masakan Mereka.

Jadi. Kalau Nak Mengatakan Sesuatu Itu Pastikan Ada "Fakta" Sebelum Satu Jari Menunjuk Ke Arah Orang Lain Tanpa Sedar Empat Jari Lagi Menuju Ke Arah Diri Sendiri. Abis Tue, Kenapa Berpuluh ribu Rakyat Johor Kerja Di Singapura? Apakah Ini Bermakna Kerajaan Johor Gagal Memberi Peluang Ekonomi Kepada Rakyatnya? Commontlah Pemimpin UMNO... Masing-Masing Mahu Mencari Yang Terbaik Dan Rebut Peluang Untuk Mengukuhkan Dan Menambahkan Pendapatan Diri Mereka Dan Keluarga Kerana Gaji Di Singapore Dibayar Menggunakan "Dolar" Yang Jauh Tinggi Nilainya Dari Ringgit Malaysia.

Kesimpulannya... Macamlah Rakyat Negeri Lain Tak Merantau Bekerja Kat Negeri Lain. Sebab Tue ADMIN Cakap Lebih Baik Diam Kalau Tahu Diri Tue Bodoh Dari Melalak Berlagak Pandai Yang Akhirnya Menunjukkan Diri Itu Sebenarnya Memang Bodoh..."

Pendek kata, saya di sini juga berada d perantauan, merantau di egeri orang mencari secebis rezeki bukan kerana di kelantan tak boleh mencari rezeki.kalau di ikutan memang banyak peluang d sana, akan tetapi inilah yang telah di tetapkan oleh Allah kpd saya agar terus merantau di negeri orang..

Akhir sekali, hayatilah Puisi ini yang di deklamasikan oleh Oki Setiana Dewi iaitu heroin dalam filem Ketika Cinta Bertasbih..



Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama'
Yang dicintai rakyatnya
Lalu...
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama'
Yang lembut... tapi tegas beribadat
Yang pengasih...namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali

Negeri Kelantan Seindah Namamu – Oki Setiana Dewi

Tuesday, March 13, 2012

Setelah beberapa ketika...akhirnya....

setelah beberapa ketika daku berahsia....akhirnya...heheheee....Tak mengapa, daku hanya bergurau shj dgn shbt2 sekalian...senyum2 sokmo deh mcm saya.... :) :) :) ;) =)

Allah...bantulah hambamu ini...

tak tahulah apa nak di cakapkan...makin hari makin menjadi-jadi...Ya Allah, Kau berikanlah ku petunjukMu...Tunjukilah aku ini apa yang benar itu benar dan apa yang salah itu salah....

Jika tak fikir apa sahaja perkara, perkara ini juga merupakan masa depanku...Tak apalah, diri ini cuma boleh bertahan sahaja sehingga ke satu masa....Ok, teruskan Berjalan...Tanpa Behenti dipertengahan jalan....Kita bukalah pemula..kita juga bukanlah penghujung...kita ini hanyalah penyambungnya....maka janganlah sesekali hentikan perjalanan ini....Teruskan Berjalan.... :)