Sunday, October 14, 2012

Misteri Kota Mekah Yang Disembunyikan NASA





Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi.


Firman Allah yang bermaksud :

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)


Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.






Allah berfirman lagi yang bermaksud :


“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.


Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).

Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.


Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.



Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

*(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)




Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.



Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”

Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet.

Tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.

Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.

Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.






Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti.

Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.

Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.



Rasulullah SAW bersabda :

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)



Wallahu’alam..

Wednesday, October 10, 2012

Klate di mana-mana...kemah sep kito

Post kali nie nak menceritakan salah satu tempat yang sentiasa menjadi tarikan di ibu kota metropolitan terutamanya warga2 dari negeri cik siti wan kembang yang menetap di Lembah Klang...

Siapa tak kenal RESTOREN ANIS PUTRI atau lebih dikenali sebagai Restoren Abe Lan yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur...kira-kira 200m dari stesen KTM Komuter Pantai Dalam...Restoren ni pernah menjadi tumpuan rancangan TV seperti Jalan2 Cari Makan TV3, Warung Kita Astro dan bermacam-macam lagi....


Menu2 yang menarik pastinya makanan tradisi yang berasal dari kelantan seperti gulai kawah yang mempunyai pelbagai ramuan....Pelbagai aneka pilihan lauk pauk sehingga 40 jenis seperti gulai seranti, ayam percik, ikan bakar tawar dan lain2 lagi....Tak lupa jugak variasi ulam2 segar seperti ulam raja, petai, kacang panjang, kacang botol dan bermcm2 lagi...

Selain tu...ada juga kuih-muih tradisi kelantan seperti akok, lompat tikam, bubur pulut hitam, tape, sagu dan banyak lagi yang seemangnya digemari ramai warga kelantan di lembah klang nie...

Keunikan tentang restoren ini semestinya dengan inisiatif pemilik restoen ini , Abe Lan yang seringkali menjadikan wakaf dikedai tersebut untuk persembahan dikir barat setiap hari Sabtu. Usaha mempromosikan dikir barat sambil menikmati juadah istimewa ala kampung seolah-olah anda sudah berada di Kelantan walaupun jarak KL-KB hampir 400km.

WAKTU OPERASI ialah bermula jam 11 pagi hingga 5 petang kecuali hari Jumaat, menjadikan ANIS PUTRI popular di seantero Kuala Lumpur dan sekitarnya....Itulah keunikan Anis Putri di Pantai Dalam ini....berikut adalah koleksi gambar2 menu2 yang di hidangkan di sini.... 


 Ikan bakar & ayam percik

 Aneka pilihan lauk pauk...pilih saja mana yang mau makan...asalkan ada $$$ saja..hehee

 kari nenas dan kacang botol

 gulai ikan keli (catfish)

 desertt....

 Ulam dan sambal

 Gulai Kawah

 inilah dia Ketupat Sotong atau "Tupak Sutong" ^_^

4 jenis sambal dengan rasa yang berbeza...yang dalam mangkuk bewarna kuning ialah TEMPOYAK..

Peta Lokasi ke Restoren Anis Putri (besarkan peta untuk direction dari tempat anda)




View Larger Map

Monday, October 8, 2012

Bersangka baik sesama manusia....

Bersangka baik la, baru hati anda bersih, jiwa anda tenang dan muka berseri.
Bersangka baik la …..
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik… ada sangkaan buruk
…Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud dan hina
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menegur, menasihat yg benar, pun disangka buruk sangka
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah atau menarik diri
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yang menegur, menasihat itu jujur dan ikhlas nawaitunya…