Saturday, January 26, 2013

K.E.H.I.D.U.P.A.N...

Syukur Alhamdulillah... Allah masih berikan kepada kita nyawa untuk terus menikmati kehidupan yang seterusnya.... Tanggal detik semalam, 25 Jan 2013 iaitu pada harii jumaat, genaplah umurku menjangkau 26 tahun.... sedar tak sedar sudah 26 tahun daku hidup di muka bumi ini.... Bermacam-macam ranjau sudah di tempuhi....

Dunia yang dilalui ini terus berlalu dan terus berlalu....jika tidak dimanfaatkan walau 1 saat pun, amat rugilah kita kerana ia berlalu begitu sahaja....

Cakap mengenai tarikh semalam...lupa pulak.... Jutaan terima kasih kepada family dan sahabat2 yang mengucapkan selamat hari lahir di laman muka buku, blue bird dan juga tak ketinggalan di whatapps, viber dan medium yg legend iaitu SMS....walaupun ia tak seperti thn lepas, tak mengapa, ia hanyalah sekadar suka2 saja...secara tak langsung, ia merapatkan lagi ukhuwah antara sahabat2 yg lama tak bertegur sapa....




Namun, perjalanan hidup yang tiada berkesudahan ini haruslah ditempuhi selepas ini...sehinggalah tiba masanya kita dijemput olehNya...

mulai tarikh semalam jugalah alamat blog ini di tukar kepada seperti dulu iaitu (mfy87.blogspot.com)... Senang nak ingat dan senang nak tulis.... hehehe

jika yang 1st time baca post ni, sudi2lah follow blog ni ye... Jutaan terima kasih kepada yang dah lama follow dan yg bakal follow...

Tuesday, January 1, 2013

DURIAN CREPE

Assalamualaikum.......

Dah lama tak mengupdate blog sejak kesibukan harian yang telah melanda diriku... maklumlah travel sana...travel sini....travel kat blog ajelah yang tak...huhu

Tetiba malam dar hari pertama tahun 2013 nilah terfikir nak tulis pasal benda nieh.... Satu benda yang jadi fenomena sejak beberapa bulan yang lalu iaitu "Durian Crepe"....

Sejak terdengar pasal ni, mmg tercari2 di mana la ada jual benda ni.... klu durian tuh, ada la belambak kat mana2...ni durian crepe...fuh!!! nak mncarinya merata2..huhuu...

Akhirnya... tanggal 01.01.13, ianya telah dijumpai dan tercapailah hajat nak merasa Durian Crepe niee...Terjumpa masa berkunjung ke rumah seorang sahabat di Presint 18 Putrajaya.. kebetulan dia gi beli benda tu umah sebelah je...pe lagi terus kirim leee....hehehee.... boleh tahanla rasanya.... macam nak lagi je, sebab 1 bekas dia letak 4 biji jewww....


Inilah rupa Durian Crepe yang baru dapat tadi....