Saturday, June 29, 2013

Cara mengenali kedai yang menggunakan pelaris.. HATI2 semua!!!...

Perniagaan adalah bukan pekerjaan yang salah.. malah nabi SAW dulu pun berniaga juga... akan tetapi pada zaman sekarang ni, ramai yang menggunakan cara yang salah dalam pekerjaan ini... Macam biasalah persaingan tu adalah sesuatu yang sihat.... janganlah kerana persaingan tu, macam2 nak dibuatnya sehingga mengabaikan aspek2 agama terutamanya yang beragama Islam... yang kapir biar pi lah diorng..tu agama diorang..... Di sini saya ingin kongsikan sedikit tip2 bagaimana nak kenal pasti kedai2 makan yang menggunakan pelaris(khadam/jin) ini....



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.


Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي
)

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
.

(Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain)
Note : Gambar Diatas Sekadar Hiasan.


Final Piala FA : TRW vs JDT


Debaran kini amat terasa terutamanya saat blog ini di tulis... Siapakah yang bakal menjulang piala pada tahun ini.. segala-galanya akan terjawab pada malam nanti...

Apa-apa pun menang dan kalah adalah adat permainan... Yang mana yang menang raikanlah dan yang mana yang kalah sesungguhnya ini adalah adat permainan tak kiralah team tu powe ke tak power...

Perkhabaran di terima dari sahabat2 ku di negeri Cik Siti Wan Kembang, sejak jummat lagi sudah ramai berkonvoi menuju ke Ibukota untuk menyaksikan perlawanan ini... Hati2 di perjalanan, sega selamat sampai...

Selamat jalan kepada seluruh rakyat Kelantan yang berkonvoi dari negeri Cik Siti Wan Kembang bermula pagi tadi. Semoga perjalanan anda semua selamat dan dirahmati Allah SWT. 



Seperti di katakan di atas, menang dan kalah adalah adat permainan... Sama-sama kita eratkan ukhuwah silaturrahim sesama kita walaupun berlainan negeri..Ini kerana kita hanyalah lawan di atas padang, namun di luar padang kita adalah SAHABAT... ingat tuh semua... Kita adalah sahabat selamanya...Tak payah nak gaduh2 lah sebab bola... tak dak faedahnya.... kalau macam gambar di bawah ni kan bagus... ;-)


Namun tahun ini, rezeki tak menyebelahiku... Amat susah sekali nak dapat tiket final ni... tak seperti tahun lepas... dapat jugak merasa masuk ke stadium buat pertama kali...hihihi.... Tak pe lah, bolah jugak tengok pun.... Dikhabarkan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil juga akan disedakan Skrin BESAR yang akan disediakan oleh pihak ASTRO....

dan juga sahabat2 pembaca yang berada di sekitar Shah Alam dan berdekatan dengannya, kalau rasa malas nak bersesak-sesak ke Bukit Jalil tuh, boleh la pergi ke Kompleks Media Karangkraf.. di sana juga ada tayangan Skrin BESAR yang di jayakan oleh GEMPITA & Kumpulan Media KarangKraf...

Semoga kedua-dua pasukan ini berjuang dengan bersungguh-sungguh nanti.... Ku menantikan milik siapakah piala pada tahun ini... Setakat ini postku untuk part 1, part 2 akan bersambung sejurus selesai sahaja perlawanan Final Piala FA 2013 ini..... ;-)

Monday, June 24, 2013

15 Syaaban Dilalui...Ramadhan Dirindui..

Salam Nifsu Syaaban buat teman-teman pembaca semua... Semoga kalian semua di dalam rahmat Allah hendaknya...

15 Syaaban sudah kita jejaki... kini bulan Ramadhan kian di rasai... Banyak petanda-petanda jelas yang boleh tahu apabila bulan ramadhan hampir tiba... 

Bersediakah kita semua nak menghadapi bulan yang mulia ini.. bulan yang Nabi SAW khas untuk umatnya. Siapa umat nabi SAW itu, jawabnya kita semua inilah umat Baginda SAW..

Ayuh..sama2 persiapkan diri masing-masing melangkah ke muniversiti ramadhan tak lama lagi.... Semoga kita semua dipanjang umur oleh Allah SWT untuk bertemu dengannya... Aminnn..