Saturday, June 29, 2013

Final Piala FA : TRW vs JDT


Debaran kini amat terasa terutamanya saat blog ini di tulis... Siapakah yang bakal menjulang piala pada tahun ini.. segala-galanya akan terjawab pada malam nanti...

Apa-apa pun menang dan kalah adalah adat permainan... Yang mana yang menang raikanlah dan yang mana yang kalah sesungguhnya ini adalah adat permainan tak kiralah team tu powe ke tak power...

Perkhabaran di terima dari sahabat2 ku di negeri Cik Siti Wan Kembang, sejak jummat lagi sudah ramai berkonvoi menuju ke Ibukota untuk menyaksikan perlawanan ini... Hati2 di perjalanan, sega selamat sampai...

Selamat jalan kepada seluruh rakyat Kelantan yang berkonvoi dari negeri Cik Siti Wan Kembang bermula pagi tadi. Semoga perjalanan anda semua selamat dan dirahmati Allah SWT. 



Seperti di katakan di atas, menang dan kalah adalah adat permainan... Sama-sama kita eratkan ukhuwah silaturrahim sesama kita walaupun berlainan negeri..Ini kerana kita hanyalah lawan di atas padang, namun di luar padang kita adalah SAHABAT... ingat tuh semua... Kita adalah sahabat selamanya...Tak payah nak gaduh2 lah sebab bola... tak dak faedahnya.... kalau macam gambar di bawah ni kan bagus... ;-)


Namun tahun ini, rezeki tak menyebelahiku... Amat susah sekali nak dapat tiket final ni... tak seperti tahun lepas... dapat jugak merasa masuk ke stadium buat pertama kali...hihihi.... Tak pe lah, bolah jugak tengok pun.... Dikhabarkan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil juga akan disedakan Skrin BESAR yang akan disediakan oleh pihak ASTRO....

dan juga sahabat2 pembaca yang berada di sekitar Shah Alam dan berdekatan dengannya, kalau rasa malas nak bersesak-sesak ke Bukit Jalil tuh, boleh la pergi ke Kompleks Media Karangkraf.. di sana juga ada tayangan Skrin BESAR yang di jayakan oleh GEMPITA & Kumpulan Media KarangKraf...

Semoga kedua-dua pasukan ini berjuang dengan bersungguh-sungguh nanti.... Ku menantikan milik siapakah piala pada tahun ini... Setakat ini postku untuk part 1, part 2 akan bersambung sejurus selesai sahaja perlawanan Final Piala FA 2013 ini..... ;-)

0 komen di tinggalkan...: