Sunday, April 5, 2015

Gerhana Bulan...

Fenomena gerhana bulan bukan fenomena yang biasa bagi alam ini. Namun, ianya bukan yang luar biasa disisi Allah yang Esa. Apa yang Allah katakan jadi, maka jadilah ia.
Kawanku, gerhana bulan, bagai membawa kita kepada sebuah kesedaran serta amaran daripada Allah. Gerhana berlaku sebagai membawa petanda. Ianya sebagai amaran bala Allah makin hampir, ia sebagai amaran, usia semesta ini makin singkat.
Kawanku.
dahulu, apabila berlaku gerhana bulan, wajah nabi kita bertukar risau, kerana teringat akan bala Allah. Lantas baginda menyegerakan solat sunat gerhana. Diceritakan oleh sahabat, nabi qiyyam seolah2 tidak mahu rukuk, nabi rukuk seolah2 tidak mahu sujud, nabi sujud seolah2 tidak mahu bangun, dan begitulah seterusnya. Sehingga ada yang pengsan dek kerana pjgnya solat. Solat Nabi panjang. Surah juga panjang. Albaqarah Ali imran habis dibaca dalam satu solat. Sesudah selesai solat, nabi menangis dan menadahkan tangannya berdoa kepada Allah. .
"ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji yang
Engkau tidak akan menyeksa umatku selagi aku ada bersama mereka." .
"ya Allah, bukankah Engkau telah berjanji yang Engkau tidak akan menyeksa umatku selagi mana mereka memohon keampunan kepadamu...." .
Nabi merintih dan menangis berdoa pada Allah. Lalu, nabi memandang para sahabat dan berkata, kamu hendaklah bersegera melakukan solat ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, andainya kamu tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".
.
Kawanku,
Dunia hari ini lain.
bila berlaku gerhana, ramai yang menilai gerhana menggunakan mata bukannya hati, di mana manusia menilai kejadian yang berlaku hanya dengan kaca mata semata-mata tanpa menoleh ke sisi syar’i.
Mereka melihatnya dengan pandangan sekadar fenomena alam, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa tujuannya.
Kita ucap, " beruntungnya kita dapat tengok gerhana bulan..."
sedangkan itu perkara yang amat ditakuti Baginda Nabi SAW.
Hari ini, bila berlaku gerhana, kita berpusu-pusu keluar nak tengok gerhana, sedangkan dulu, bila berlaku gerhana, nabi suruh kita bersegera melakukan solat.

0 komen di tinggalkan...: