Sunday, October 14, 2012

Misteri Kota Mekah Yang Disembunyikan NASA





Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi.


Firman Allah yang bermaksud :

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)


Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.






Allah berfirman lagi yang bermaksud :


“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.


Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).

Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.


Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.



Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

*(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)




Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.



Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”

Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet.

Tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.

Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.

Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.






Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti.

Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.

Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.



Rasulullah SAW bersabda :

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)



Wallahu’alam..

Wednesday, October 10, 2012

Klate di mana-mana...kemah sep kito

Post kali nie nak menceritakan salah satu tempat yang sentiasa menjadi tarikan di ibu kota metropolitan terutamanya warga2 dari negeri cik siti wan kembang yang menetap di Lembah Klang...

Siapa tak kenal RESTOREN ANIS PUTRI atau lebih dikenali sebagai Restoren Abe Lan yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur...kira-kira 200m dari stesen KTM Komuter Pantai Dalam...Restoren ni pernah menjadi tumpuan rancangan TV seperti Jalan2 Cari Makan TV3, Warung Kita Astro dan bermacam-macam lagi....


Menu2 yang menarik pastinya makanan tradisi yang berasal dari kelantan seperti gulai kawah yang mempunyai pelbagai ramuan....Pelbagai aneka pilihan lauk pauk sehingga 40 jenis seperti gulai seranti, ayam percik, ikan bakar tawar dan lain2 lagi....Tak lupa jugak variasi ulam2 segar seperti ulam raja, petai, kacang panjang, kacang botol dan bermcm2 lagi...

Selain tu...ada juga kuih-muih tradisi kelantan seperti akok, lompat tikam, bubur pulut hitam, tape, sagu dan banyak lagi yang seemangnya digemari ramai warga kelantan di lembah klang nie...

Keunikan tentang restoren ini semestinya dengan inisiatif pemilik restoen ini , Abe Lan yang seringkali menjadikan wakaf dikedai tersebut untuk persembahan dikir barat setiap hari Sabtu. Usaha mempromosikan dikir barat sambil menikmati juadah istimewa ala kampung seolah-olah anda sudah berada di Kelantan walaupun jarak KL-KB hampir 400km.

WAKTU OPERASI ialah bermula jam 11 pagi hingga 5 petang kecuali hari Jumaat, menjadikan ANIS PUTRI popular di seantero Kuala Lumpur dan sekitarnya....Itulah keunikan Anis Putri di Pantai Dalam ini....berikut adalah koleksi gambar2 menu2 yang di hidangkan di sini.... 


 Ikan bakar & ayam percik

 Aneka pilihan lauk pauk...pilih saja mana yang mau makan...asalkan ada $$$ saja..hehee

 kari nenas dan kacang botol

 gulai ikan keli (catfish)

 desertt....

 Ulam dan sambal

 Gulai Kawah

 inilah dia Ketupat Sotong atau "Tupak Sutong" ^_^

4 jenis sambal dengan rasa yang berbeza...yang dalam mangkuk bewarna kuning ialah TEMPOYAK..

Peta Lokasi ke Restoren Anis Putri (besarkan peta untuk direction dari tempat anda)




View Larger Map

Monday, October 8, 2012

Bersangka baik sesama manusia....

Bersangka baik la, baru hati anda bersih, jiwa anda tenang dan muka berseri.
Bersangka baik la …..
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik… ada sangkaan buruk
…Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud dan hina
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menegur, menasihat yg benar, pun disangka buruk sangka
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah atau menarik diri
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yang menegur, menasihat itu jujur dan ikhlas nawaitunya…

Tuesday, September 18, 2012

Aidilfitri berlalu....Aidiladha kembali....

Syawal telah pun berlalu meninggalkan kita semua beberapa hari lepas...Terasa amat sekejap saja masa berlalu...tup...tup..dah masuk bulan Zulkaedah dan seterusnya bulan Haji bgi umat Islam seluruh dunia iaitu Zulhijjah....


Sebut pasal bulan haji ni...tetiba datang idea nak menulis pada haji nieh pulak.... Tapi kali ini agak berlainan skit...Ia berkisarkan kisah orang zaman dahulu mengerjakan haji...tentu ada di antara pembaca semua mengetahui dan ada yang tak mengetahui....

Yang mengetahui tu, mesti tau kan, jemaah haji ni, dulu sebelum adanya kapal terbang, mereka akan ke tanah suci dengan kapal laut, tabangnya takdelah mahal sama mcm zaman sekarang ni, hanya RM2,500.00 sahaja...makan masa berbulan-bulan lamanya, makanan dan keperluan harian perlu di bawa secukupnya termasuklah brg2 memasak...malah kalau ada jemaah haji yang meninggalkan, jasadnya disemadikan di dalam laut sahaja....



Selepas 3,4 bulab mengerjakan haji, jemaah akan pulang ke tanah air dengan Haji yang Mabrur..Jemaah akan memakai serban sehinggalah akhir hayatnya...begitu lifestyle orang zaman dulu2...kalau tak silap, nenekku pernah alami zaman ini...sekarang umurnya dah pun mencecah 80 lbh dan alhamdulillah, masih sihat lagi...






Berbagai buah tangan di bawa balik dari Tanah Suci Mekkah terutamanya Air Zam Zam untuk diberikan kpd sanak saudara.... Yang penting niat untuk ke sana hanyalah menjadi tetamu Allah utk beribadat kpdNya shj....yang lain2 tu hanyalah sekadar sampingan sahaja....

Thursday, September 13, 2012

PERLAWANAN TERAKHIR THE RED WARRIOR GROUP B


LAST MATCH GROUP B : KELANTAN vs TERENGGANU
14 SEPT 2012
08 : 45 PM

Tiada LIVE di TV | InsyaAllah ada LIVE STREAMING...rujuk link di bawah nie...


Saturday, September 8, 2012

Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak bekerja lebih baik






1) Ambil dosis EPA secukupnya > Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak.

2) Seks secara terancang > Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi

3) Buat teka teki > Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak pada kondisi terbaik.

4) Berjalan kaki > Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran.

5) Ketawa/Senyum > Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak.

6) Berfikiran Kreatif > Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan berfikir lebih cepat.

7) Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan > Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan.

Saturday, August 18, 2012

Weeked activites : Shopping Raya...Periit Dohh!!!! part II


New Page 1
sambungan rentetan dari part I yang lepas..baru sekrang baru buleh nak update balik nih....maklumlah, Bz skit....heheee...

 

Ok..kata mana hari tu ye... ok, cerita behenti di Stesen LRT KLCC...nak tau apa kitorang buat kt sana....Plan asal, lepas je sampai stesen LRT nk terus la gi balik, tapi tetiba terasa nak gi jalan2 kat Suria KLCC....shopping raya lah kononnya...tapi tak beli pe2 pun...ekekekekee..

 

Kitorang masih tak puas hati shopping di Jalan TAR....lps berehat beberapa jam di rumah pergilah pulak kat Downtown Jalan Reko Bangi....disebabkan dah lewat pergi maka byk kedai2 dah tutup masa tu..tinggal beberapa je lah.....


 

Hari keduanya, selepas terawih, kitorang plan utk pergi lagi tempat yang sama iaitu kt Jalan Reko tu.....sampai shj, tempat pun tak ubah mcm di Jalan TAR....mana lah dtgnya manusia seramai ni nieh....Pusing2 punya pusing....(nasib bek tak pening)huhuu.....bukan semua benda ada kat sini....susah jugak ye bila dah ada citarasa sendiri niesss....Last2 kitorang balik terus je kat rumah.....

 
Inilah alkisahnya sepanjang shopping raya utnuk tahun nieh...pelbagai kenangan suka duka di lalui....yang paling penting, kenangan di Jalan TAR dah membuatkan kitorang "periitt Doh"...xpolah tok gi situ pun pahni....tempat lain banyak lagi....apa2 pun semua ni menjadi pengalaman bagi kami.....
 

Tuesday, August 14, 2012

Weeked activites : Shopping Raya...Periit Dohh!!!! part I


New Page 1
Salam kepada semua sahabat2 reades2, blogger2 dan seangkatan dgnnya....

sudah berapa kurun dah tak update blog nieh..maklumlah sibuk sgt dengan urusan kerja....Apa2 pun kerja pun penting kerana tu amanah yang dipertanggungjwbkan kpd kita...blog nieh sampingan je..kekekee

Ni nak crita skit psl last weekend....Al maklumlah, minggu depan dah nak raya...So ramailah yang berpusu2 memenuhi ruang2 niaga, shopping2 mall dan berbagai mall lah...(tak larat nak senaraikan)...

Inilah hari sabtu yang paling mendamaikan plg di impikan selama ini..(maklumlah selama ni sabtu adalah hari bekerja)....Maka aku dan seorang kwbn serumahku lbh dikenali sbg Nasa..(bkn nama sbnr..jgn mrh kwn..hehehee)

Jam 11.30 pg...kitorang mula bertolak dari Presint 9 Putrajaya...lalu melalui H/way KL Seremban...belum masuk KL lagi, lebih krg dekat2 TUDM laa...masyaAllah, mulalah jem yang tak disangka2 pd hjg minggu....nk dikatakan jem tersebut berlaku selama 3 jam, barulah kitorang sampai ke tempat nk di tuju....(crammpp weh bontot, nsb bek keta auto..kikiki)

Jam 2.30 ptg, kami sampai di Ramai Corner dkt Jln Yap Kwan Seng...park je keta situ, dan ambik LRT kt KLCC...sampai shj Stesen Masjid Jamek....Peerrgghhhhh, penuh dgn lautan manusia....jalan pun dah mcm ketam dah...huhuu..


Jalan punya jalan..mcm biasalah tgk itu..tgk ini.....sampai ke Jalan TAR dan jenguk2 SOGO jap...(tak beli pe2 pun)....dan pastu jalan2 terus berjalan.....

Sedar ta sedar jam dah menunjukkan 6.30 ptg...barulah terfikir manalaaa nk berbuka hari ini....nasib baiklah hari tu, terjumpa seorng kwn yg kebetulan berniaga di situ...dialah yang banyak guide kitorang tempat2 nk shopping nieh...

Perjalanan kitorang di Jalan TAR berakhir slps waktu berbuka....terus ke Stesen LRT utk bertolak pulang....

8.30 mlm, sampai di Stesen LRT KLCC.....nak tau ape kitorang buat kat situ pastu.... tungguuu Part II menyusul...barulah anda semua akan tau apa yg dimaksudkan "Perit Doh!!!" keh3...


Monday, March 19, 2012

Rezeki di mana-mana


Terlihat sahaja video ni, mmg amat2 terasa skali tambah2 lg kita ni sebagai perantau dari kelantan yang berada di perantauan...Kenapalah dgn wakil rakyat nih, seolah-olah tak nampak realiti keadaan sekarang...masih di butakan dengan realiti yang terjadi...Cubalah YB pergi sendiri ke kelantan dan lihat apa yang jadi di sana...

Dia juga ada mengatakan kerajaan negeri kelantan gagal memberikan peluang pekerjaan kpd rakyatnya....ni yang hangin ni...tapi masih sabar lagii.... meh sini adik kakok blako, nok royak nih...

Rezeki kita Allah dah tetapkan sejak dulu2 lagi...jika Allah tetapkan seorg hambaNya tu mencari rezeki di luar negerinya, maka di situ periuk nasinya....Bukan kata negeri kelantan xde peluang pekerjaaan...bagi saya di sini pun byk bukti2 yg blh bagitau mengenai peluang pekerjaan ni...

Antaranya ialah, setiap kali saya membuka email, ada sahaja email2 dari jobsstreet dan jobdb yang masuk memberikan maklumat peluang kerja, lokasinya ialah KOTA BHARU, TANAH MERAH, JELI, PASIR PUTIH, PASIR MAS malah di GUA MUSANG pun trt ada aklumat peluang kerja ni....

Ni pun masih kata lagi di kelantan xde kerja...Celik lah mata luas2 skit YB.....ni saya n share skit hujah di petik dari sebuah fanspage di laman muka buku....

"Kalau Berhujah, Biarlah Guna Fakta, Bukannya Auta. Kehebatan Orang Kelantan Adalah Kerana Kepandaian Dan Kepakaran Mereka "Memasak" & "Berniaga". 60% Orang Kelantan Yang Pandai Memasak Adalah Lelaki & 60% Orang Kelantan Yang Pandai Berniaga Adalah "Wanita". Jadi, Yang Mengatakan Orang Lelaki Kelantan "Malas" Adalah Mereka Yang Saja Mahu Jadikan Isu Ini Untuk Memburuk-Burukkan Rakyat Serta Kerajaan Kelantan Sendiri Kononnya PAS Gagal Berikan Peluang Ekonomi Kepada Rakyat Mereka .

Kenapa Ramai Wanita Yang Berniaga Di Kelantan?

Ini Kerana Suami Mereka, Anak-Anak Lelaki Mereka Merantau Ke Negeri Lain Membuka Perniagaan Menjual Makanan Terutama Tom Yam. Masing-Masing Berusaha Menjadikan Kehidupan Keluarga Mereka Lebih "Sempurna". Sebab Itulah UMNO Sangat Cemburu Dengan Kelebihan Orang Kelantan Yang Pandai Mencuri Peluang Perniagaan Dinegeri-Negeri Milik UMNO. Tak Salah Kalau ADMIN Katakan Yang Melayu Paling Berjaya Adalah Melayu Yang Lahir Dan Datangnya Dari Negeri Kelantan.

Orang Dari Negeri Manapun Pasti Akan Pergi Berusaha Mencari Kedai Makan Milik Orang Kelantan Di Negeri Mereka Kerana "Keistimewaan" Tom Yam Masakan Mereka.

Jadi. Kalau Nak Mengatakan Sesuatu Itu Pastikan Ada "Fakta" Sebelum Satu Jari Menunjuk Ke Arah Orang Lain Tanpa Sedar Empat Jari Lagi Menuju Ke Arah Diri Sendiri. Abis Tue, Kenapa Berpuluh ribu Rakyat Johor Kerja Di Singapura? Apakah Ini Bermakna Kerajaan Johor Gagal Memberi Peluang Ekonomi Kepada Rakyatnya? Commontlah Pemimpin UMNO... Masing-Masing Mahu Mencari Yang Terbaik Dan Rebut Peluang Untuk Mengukuhkan Dan Menambahkan Pendapatan Diri Mereka Dan Keluarga Kerana Gaji Di Singapore Dibayar Menggunakan "Dolar" Yang Jauh Tinggi Nilainya Dari Ringgit Malaysia.

Kesimpulannya... Macamlah Rakyat Negeri Lain Tak Merantau Bekerja Kat Negeri Lain. Sebab Tue ADMIN Cakap Lebih Baik Diam Kalau Tahu Diri Tue Bodoh Dari Melalak Berlagak Pandai Yang Akhirnya Menunjukkan Diri Itu Sebenarnya Memang Bodoh..."

Pendek kata, saya di sini juga berada d perantauan, merantau di egeri orang mencari secebis rezeki bukan kerana di kelantan tak boleh mencari rezeki.kalau di ikutan memang banyak peluang d sana, akan tetapi inilah yang telah di tetapkan oleh Allah kpd saya agar terus merantau di negeri orang..

Akhir sekali, hayatilah Puisi ini yang di deklamasikan oleh Oki Setiana Dewi iaitu heroin dalam filem Ketika Cinta Bertasbih..



Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama'
Yang dicintai rakyatnya
Lalu...
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama'
Yang lembut... tapi tegas beribadat
Yang pengasih...namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali

Negeri Kelantan Seindah Namamu – Oki Setiana Dewi

Tuesday, March 13, 2012

Setelah beberapa ketika...akhirnya....

setelah beberapa ketika daku berahsia....akhirnya...heheheee....Tak mengapa, daku hanya bergurau shj dgn shbt2 sekalian...senyum2 sokmo deh mcm saya.... :) :) :) ;) =)

Allah...bantulah hambamu ini...

tak tahulah apa nak di cakapkan...makin hari makin menjadi-jadi...Ya Allah, Kau berikanlah ku petunjukMu...Tunjukilah aku ini apa yang benar itu benar dan apa yang salah itu salah....

Jika tak fikir apa sahaja perkara, perkara ini juga merupakan masa depanku...Tak apalah, diri ini cuma boleh bertahan sahaja sehingga ke satu masa....Ok, teruskan Berjalan...Tanpa Behenti dipertengahan jalan....Kita bukalah pemula..kita juga bukanlah penghujung...kita ini hanyalah penyambungnya....maka janganlah sesekali hentikan perjalanan ini....Teruskan Berjalan.... :)

Monday, February 27, 2012

Berahsia???

"Carilah sahabat yang boleh bimbing kita ke jalan benar"

Bukan semua orang mampu buat kita ingatkan Allah. Carilah seseorang atau mereka yang mampu mengingatkan kita pada Allah. Dan jadikan mereka sahabat.

Berkawan biar ramai dengan semua tak kira bangsa apa sekalipun. Tapi bersahabat, carilah betul-betul, yang benar-benar sahabat. Hidup ini biasalah kadang-kadang kita akan alpa, terlalai dengan keasyikan fana termasuk saya sendiri... Sekurang-kurangnya ada yang mampu berpesan, menegur dan mendorong kita agar tidak lupa dan jauh kepada-Nya.

Kerana ukhwah yang baik itu ialah ukhwah yang mendekatkan diri kita pada Allah...

Inilah merupakan statusku di muka buku....teramat dalam utk dihuraikan mengenai status ini...Mmg teramat susahlah utk nak huraikan...Dan sejak kebelakangan ini saya kerap kali merahsiakan apa2 sahaja dr kwn2...xkiralah officially ttg hal kerja atau pun unofficially luar waktu kerja....Ntahla, bukan xnk share dgn kwn dan shbt2, tp bila diri ini dah dibuat macam tak wujud, so buat apa kita nk menunjuk-nunjuk...Ada baiknya rahsiakan sahaja drp sesiapa shj....kepada yang membaca blog ini sama ada sengaja, fikir2kanlah kenpada saya menaikkan status sebergini...Tanya lah hati masing-masing yeerr... Huraian dah pun lengkap.. sila2 lah komen ye...saya akan menjwabnya...

Wednesday, February 22, 2012

Kau Kawan, Sahabat & Teman...

Hampir seminggu sudah berlalu pemergian seorang sahabat kerana menyambut panggilan Ilahi... 

Mula-mula menerima berita ni, amat sukar untuk mempercayainya, tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya...

Sudah hampir 6 tahun diri ini mengenalinya...dan kini ia pergi bersama kenangan...

Sahabat yang saya maksudkan ialah, DJ Abdul Razak Arbain iaitu Dj radio IKIMfm...Mula2 saya mengenalinya di rancangan SEMBANG PAGI yang bersiaran pada setiap Dini Hari bermula jam 2 - 4 pagi... 

Allahyarham seorang sahabat yang sangat mesra dan pendengar apatah lagi bila bersua muka, senyuman tak lepas dari bibirnya...Setiap lagu yang diminta oleh pendengar, mesti di tunaikan begitu juga dengan setiap SMS yg di hantar...

Kini pemergiannya sukar dicari penggantinya...Begitulah tajuk entri blogku yg agak sedih iaitu :Kau Kawan Sahabat & Teman"...Dari pemergiannya tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir kerana berada di tempat kerja... :'(

Hanya gambar2 ini sjalah yang tetap menjadi kenangan...
sambutan hari lahir di KL sentral tahun 2010

karnival mahabbah IKIMfm 2010

Hari keluarga Kelab Jalinan Ukhuwah 2009 di Bagan Lalang

Open House Aidilfitri

Malam Untukmu Palestin, IKIM Jalan Duta

Semoga dikau bahagia di sana... Al-Fatihah...

p/s : insyaAllah, dlm masa terdekat ni, akan ku pergi menziarah ke rumah arwah bersama sahabat2 yg lain...

Tuesday, January 17, 2012

2011 Suka dan Duka...Dalam kenangan...

Assalamualaikum dan salam buat semua readers2 blog dan sahabat2ku semua....

Sudah lama blog ini tidak bertulis atau bercatat atau apa2 sajalah yang seangkatan dengannya..al maklumlah tuan empunya blog ni ppun dah tidak berada di alam maya sejak akhir2 ini...

Bln Jan 2012 dah pun setengah bulan melangkah....kenangan di tahun 2011 di tinggalkan..Namun segala kenangan tahun lepas tidak dilupakan tetapi masih lagi tersemat di hati...Jika nak di ingatkan satu persatu...pelbagai suka dan duka ini...kadang-kadang akan membuatkan diri ini ketawa dan juga menangis sendirian...

Peristiwa2 yang berlaku inilah yang membuatkan diri ini bertambah matang dalam berfikir...tentu ada hikmahnya apa yang telah tersurat dan apa yang tersirat...

Di tahun 2011 ini jugalah diri ini kehilangan seorang sahabat. Sahabat inilah sebagai peneman di kala suka dan duka...segala susah yang ada pd diri ini dialah yang datang padaku...akan tetapi pemergiaannya semasa diri ini memerlukannya adalah satu kehilangan besar padaku....Dimana lagi nak cari sahabat seperti ini...seorang sahabt yang faham akan segala2nya termasuklah dalam hal2 kerja...

Tak pe lah..diri ini tetap sabar dengan apa yang berlaku...pesanku buat sahabat ini...jaga diri elok2 dalam menempuh rintangan dalam setiap perjalanan hidup, banyak2 bersabar..Allah sayangkan pd hambaNya yang sabar...insyaAllah, panjang umur nanti kita boleh berjumpa bila2 nanti....(teringin nak pergi ke Food Court Presint 9 sama2 lagi)...di sinilah tempat kami berdua sering lepak selepas penat bekerja dulu2...

Tahun 2011 di tinggalkan dengan penuh kenangan...tahun 2012 melangkah dengan semangat dan azam yang baru untuk meneruskan Perjalanan Yang tanpa Henti ini....