Hampir seminggu sudah berlalu pemergian seorang sahabat kerana menyambut panggilan Ilahi...
Mula-mula menerima berita ni, amat sukar untuk mempercayainya, tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya...
Sudah hampir 6 tahun diri ini mengenalinya...dan kini ia pergi bersama kenangan...
Sahabat yang saya maksudkan ialah, DJ Abdul Razak Arbain iaitu Dj radio IKIMfm...Mula2 saya mengenalinya di rancangan SEMBANG PAGI yang bersiaran pada setiap Dini Hari bermula jam 2 - 4 pagi...
Allahyarham seorang sahabat yang sangat mesra dan pendengar apatah lagi bila bersua muka, senyuman tak lepas dari bibirnya...Setiap lagu yang diminta oleh pendengar, mesti di tunaikan begitu juga dengan setiap SMS yg di hantar...
Kini pemergiannya sukar dicari penggantinya...Begitulah tajuk entri blogku yg agak sedih iaitu :Kau Kawan Sahabat & Teman"...Dari pemergiannya tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir kerana berada di tempat kerja... :'(
Hanya gambar2 ini sjalah yang tetap menjadi kenangan...
sambutan hari lahir di KL sentral tahun 2010
karnival mahabbah IKIMfm 2010
Hari keluarga Kelab Jalinan Ukhuwah 2009 di Bagan Lalang
Open House Aidilfitri
Malam Untukmu Palestin, IKIM Jalan Duta
Semoga dikau bahagia di sana... Al-Fatihah...
p/s : insyaAllah, dlm masa terdekat ni, akan ku pergi menziarah ke rumah arwah bersama sahabat2 yg lain...
0 komen di tinggalkan...:
Post a Comment