Monday, February 27, 2012

Berahsia???

"Carilah sahabat yang boleh bimbing kita ke jalan benar"

Bukan semua orang mampu buat kita ingatkan Allah. Carilah seseorang atau mereka yang mampu mengingatkan kita pada Allah. Dan jadikan mereka sahabat.

Berkawan biar ramai dengan semua tak kira bangsa apa sekalipun. Tapi bersahabat, carilah betul-betul, yang benar-benar sahabat. Hidup ini biasalah kadang-kadang kita akan alpa, terlalai dengan keasyikan fana termasuk saya sendiri... Sekurang-kurangnya ada yang mampu berpesan, menegur dan mendorong kita agar tidak lupa dan jauh kepada-Nya.

Kerana ukhwah yang baik itu ialah ukhwah yang mendekatkan diri kita pada Allah...

Inilah merupakan statusku di muka buku....teramat dalam utk dihuraikan mengenai status ini...Mmg teramat susahlah utk nak huraikan...Dan sejak kebelakangan ini saya kerap kali merahsiakan apa2 sahaja dr kwn2...xkiralah officially ttg hal kerja atau pun unofficially luar waktu kerja....Ntahla, bukan xnk share dgn kwn dan shbt2, tp bila diri ini dah dibuat macam tak wujud, so buat apa kita nk menunjuk-nunjuk...Ada baiknya rahsiakan sahaja drp sesiapa shj....kepada yang membaca blog ini sama ada sengaja, fikir2kanlah kenpada saya menaikkan status sebergini...Tanya lah hati masing-masing yeerr... Huraian dah pun lengkap.. sila2 lah komen ye...saya akan menjwabnya...

Wednesday, February 22, 2012

Kau Kawan, Sahabat & Teman...

Hampir seminggu sudah berlalu pemergian seorang sahabat kerana menyambut panggilan Ilahi... 

Mula-mula menerima berita ni, amat sukar untuk mempercayainya, tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya...

Sudah hampir 6 tahun diri ini mengenalinya...dan kini ia pergi bersama kenangan...

Sahabat yang saya maksudkan ialah, DJ Abdul Razak Arbain iaitu Dj radio IKIMfm...Mula2 saya mengenalinya di rancangan SEMBANG PAGI yang bersiaran pada setiap Dini Hari bermula jam 2 - 4 pagi... 

Allahyarham seorang sahabat yang sangat mesra dan pendengar apatah lagi bila bersua muka, senyuman tak lepas dari bibirnya...Setiap lagu yang diminta oleh pendengar, mesti di tunaikan begitu juga dengan setiap SMS yg di hantar...

Kini pemergiannya sukar dicari penggantinya...Begitulah tajuk entri blogku yg agak sedih iaitu :Kau Kawan Sahabat & Teman"...Dari pemergiannya tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir kerana berada di tempat kerja... :'(

Hanya gambar2 ini sjalah yang tetap menjadi kenangan...
sambutan hari lahir di KL sentral tahun 2010

karnival mahabbah IKIMfm 2010

Hari keluarga Kelab Jalinan Ukhuwah 2009 di Bagan Lalang

Open House Aidilfitri

Malam Untukmu Palestin, IKIM Jalan Duta

Semoga dikau bahagia di sana... Al-Fatihah...

p/s : insyaAllah, dlm masa terdekat ni, akan ku pergi menziarah ke rumah arwah bersama sahabat2 yg lain...